Formulasi & Khasiat

Susu Kambing Faa-Iz amat disarankan pengambilannya oleh semua peringkat usia seawal umur 3 tahun. Ini adalah kerana selain ianya merupakan satu minuman sunnah nabi, ianya mempunyai kebaikan yang tersendiri untuk menjaga kesihatan. Di antara khasiat dari formulasi yang utama Susu Kambing Faa-Iz.

Beras Perang

Kandungan karbohidrat (kanji) 80% sahaja berbanding dengan beras putih sesuai untuk yang mempunyai masalah kencing manis.

Beras perang merupakan salah satu makanan yang mempunyai serat tinggi dan amat baik untuk sistem pencernaan.

Mengandungi vitamin B yang amat sesuai untuk masalah sistem urat saraf seperti kebas kaki dan tangan.

Lambat dihadam menjadikan ianya amat sesuai untuk mengurangkan berat.

Mengandungi vitamin E iaitu agen anti-oksida yang bagus untuk penjagaan jantung dan juga untuk penjagaan kulit.

Beras perang juga mengandungi tahap selenium yang tinggi iaitu sejenis mineral yang dapat meningkatkan tahap imuniti dan sistem pertahanan badan.

Mangan merupakan satu lagi mineral yang terdapat di dalam beras perang dan ianya dapat membantu menyelaraskan metabolisma lemak dan fungsi hati.

Ginko Biloba

Ginkgo biloba dikenali sebagai “Herba otak” kerana ia dapat membantu meningkatan daya ingatan dan kecerdasan otak yang baik untuk mereka yang sedang menuntut juga untuk melambatkan proses demetia (nyanyuk).

Terdapat vitamin di dalam gingko biloba yang dapat membantu meningkatkan tahap penglihatan warna pada pesakit kencing manis dan ianya juga dapat membantu membaiki tahap penglihatan bagi pesakit glaucoma.

Membantu melancarkan perjalanan darah. Ianya baik untuk mereka yang perlu mengatasi masalah kesihatan seperti kaki atau tangan tak tahan sejuk, sakit kaki selepas berjalan jauh atau aktiviti lasak dan vertigo iaitu mudah rasa berpusing atau terawang-awang hingga mudah hilang imbangan atau jatuh.

Gingko biloba mempunyai beberapa agen anti-oksida yang berfungsi untuk meneutralkan oksida yang boleh merosakkan sistem badan dan seterusnya menyebabkan kanser.

Kurma

Kurma mengandungi vitamin B6 yang boleh membantu tubuh badan mengatasi tekanan dengan menggalakkan penghasilan 2 jenis hormon untuk otak.

Kurma mengandungi glukosa, fruktosa dan sukrosa yang di perlukan sebagai sumber tenaga.

Kurma juga mempunyai ciri sebagai agen antioksida yang diperlukan untuk penjagaan jantung.

Kurma juga mengandungi vitamin A yang baik untuk mata dan mengekalkan kulit yang sihat.

Kurma menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus dan membantu memperbaiki sistem pencernaan sekaligus dapat membantu mengatasi masalah sembelit, buasir dan kanser usus.

Kurma juga boleh menjadi sumber zat besi yang baik yang bagus untuk mereka yang mempunyai kandungan darah yang rendah.

Kurma mempunyai kandungan potasium yang agak tinggi yang penting untuk mengimbangi kandungan air dalam badan. Ianya juga diperlukan untuk pengecutan otot dalam pergerakan dan pergerakan saraf.

Garam Bukit

Garam bukit dapat membantu dalam masalah sistem penghadaman. Garam ini dikatakan dapat menyingkirkan cacing dalam perut, melegakan sakit perut dan jangkitan pada perut.

Selain kandungan garam (sodium chloride), garam bukit turut mengandungi mineral surih yang bermanfaat untuk badan seperti kalsium, zat besi, kalium, magnesium, tembaga dan lain-lain lagi.

Garam ini boleh membantu badan menambah semula elektrolit-elektrolit yang hilang dari badan serta menstabilkan keseimbangan pH.

Garam bukit turut dapat melegakan sakit kerongkong, kerongkong bengkak, batuk kering dan tonsil.

Garam ini akan merangsang kitaran darah dan keseimbangan mineral dengan menyingkirkan mineral-mineral yang toksik dan longgokan garam yang halus.

Melancarkan aliran jus hempedu yang sangat penting untuk mengawal berat badan.

Mengurangkan sakit gout dengan cara membuang toksin & asid urik yang berlebihan dari dalam badan.

Pejabat Pasir Gudang HQ:

No. 5 Jalan 9/9, Perjiranan 9 Taman Air Biru, 81700 Pasir Gudang, Johor. (Bersebelahan Poliklinik Penawar)

Pejabat Taman Scientex:

No. 36A Jalan Belatuk 3, Taman Scientex, 81700 Pasir Gudang, Johor. (Cawangan Terbaru)

Pejabat Kota Masai:

No 15 Jalan Mangga 1, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor. (Bersebelahan DGM motorsport)

Pejabat Tebrau:

No 4 Jalan Kencana Mas 1/2, Kawasan Perindustrian Tebrau 3 Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor. (Depan Puspakom Taman Daya)

Pejabat Kompleks Pasir Gudang:

L2-37 (Aras UTC) Kompleks Pusar Bandar Pasir Gudang, 81700 Pasir Gudang, Johor. (Cawangan Terbaru)

Pejabat Taman Rinting:

B-05 Mydin Mall Taman Rinting, 81750 Masai, Johor. (Cawangan Terbaru)